page

nuffnang

31 March 2011

AIR MATA DAN KITA



"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Sebenarnya air mata sentiasa dihasilkan oleh kilang air mata atau kelenjar lakrimal (a) yang berguna sebagai pelembab mata. 

Dihospital, jika seseorang itu didapati air matanya terlalu kurang sehingga menyebabkan mata menjadi kering dan sakit bila berkelip, duktus akan disumbatkan supaya air mata tidak mengalir keluar dan diberi cecair pelembab mata, begitulah juga sekiranya air mata bertakung , kemungkinan duktus tersumbat maka duktus akan dibersihkan. 
Sila lihat pada abjad f dan c. Air mata keluar melalui duktus tersebut.  
 
Sebab itu apabila kita menangis terasa cairan masin ditekak, dan sebab itu juga bila dititiskan ubat mata, terasa pahit ditekak. Ini kerana duktus tersebut masuk terus kebelakang hidung dan seterusnya ke tekak. Menangis sehingga mengalir air mata terjadi kerana air mata yang mengalir keluar dihasilkan dengan banyak dan tidak dapat melalui sepenuhnya melalui duktus
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan”
 
 
:) menangis 
 
 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)