page

nuffnang

5 December 2012

Engagement


Dengan erti kata yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumahtangga.

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa tiada istilah ‘pertunangan’ di dalam Islam, tetapi hanya upacara pertunangan sahaja yang diamalkan oleh masyarakat kita di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat rujukan ataupun maklumat di dalam al-Quran dan hadith yang membenarkan dan menyokong pertunangan.

Surah al-Baqarah : 234-235

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (dan hendaklah isteri-isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’eddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis ‘eddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma’aruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis ‘eddahnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”

Secara dasarnya Islam tidak menyatakan secara terang berkenaan dengan hukum pertunangan ini sama ada ianya wajib atau haram. Namun apa yang dapat dikenal pasti ianya boleh dikatakan sunat kerana berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, telah menggariskan perkara-perkara yang sunat dilakukan sewaktu peminangan dilangsungkan.

okay hari ini Fisya mahu ke bulan mahu bermimpi ,, buat wishes ,, and  this is what we called berangan . Jangan segan silu buat wishlist kite sendiri . Mana tahu ia reality .sukee
kalau boleh engagement isya nanti nak simple,,,background yang ada gambar belakang pun okay jugak ;

saya ingin kesederhanaan sahaja . 

ni kira simple la bagi fisya . kalau ada rezeki insyaallah .


theme  morocco memanglah tersangat [ tiada kata untuk disambung ] 
sebab nak meriah aa sikit . rezeki lebih boleh la pilih . insyaallah juga .

 

tengok pilihan berdasarkan kemampuanlah kan . ini pun insyallah juga .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBk5fti26pWU8QIOGVoFaQvj-5OIGRwA_IOr6YQS-XcxrWT_JriICLjSUVeRJJRDWIXyihuyhz8qWt4cMnDQFkgE72Y74sWy2dyqLWYzqTOZk-gMLTlrCbA5-pSDTaDLtfAKpGWGkheEdS/s1600/LIP-5.jpg

 jadi terpulang kepada diri kita sendiri untuk majlis itu .

yang penting sekali keberkatan di dalam majlis itu 

tapi fisya tak nak la yang plain putih macam nie : sebab majlis kan ceria

untuk akad nikah boleh la..ataupun untuk mereka yang inginkan macam tu.


saya ini bujang so biasalah perkahwinan impian semua orang tak salahkan berangan ini so lebih baik menunggu orang yang tepat 

.impianafida.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)