page

nuffnang

14 December 2012

Nama baik Dan Nama buruk


Nama perlu di elak dan dilarang. Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan banyak masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya; Balqis, Qistina, Najwa, Zaqwan, Zakuan

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Badrisha/Badlisha/Herisha

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang..

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama zana, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama wati yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.


Nama Rayyan dan Fifi sebenarnya nama yang baik . Kita pada secara kasarnya kita akan fikir Rayyan adalah entah apa-apa ::  

secara ringkasnya : Rayyan itu maksudnya nama syurga . Fifi itu maksudnya taqwa . 

kEDUA-dua nama itu boleh digunakan kerana termasuk dalam nama yang mempunyai maksud yang baik.

Islam tidak pula mewajibkan setiap nama bermula dengan Muhammad, Nur atau Nurul.

Maksud “Rayyan” ialah “yang tidak dahaga.” Asal daripada kata perbuatan ‘rawiya’ bermaksud, ‘hilang dahaga daripada air’. (Marbawi, 257f).

Rayyan adalah salah satu pintu syurga dikhususkan bagi orang yang berpuasa. Nabi bersabda: “Di syurga terdapat lapan pintu. Ada pintu yang namanya al-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.” (Bukhari dan Muslim).

Sementara nama Fifi ada digunakan dalam bahasa Arab bagi seorang perempuan. Sebenarnya ia adalah sebahagian nama panggilan kepada Josephine, iaitu bentuk feminin daripada Joseph (Arab, Yusuf).

Dalam bahasa Ibrani ia bermaksud Tuhan akan menambah ketakwaan, kuasa dan pengaruh.
 
sumber : my Metro


FiFi itu salah satu dari nama sya . sekian .

2 comments:

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)