page

nuffnang

31 January 2013

Tazkirah Jumaat : Pernikahan pada hari jumaat


Assalamualaikum . 




Salam jumaat . Baiklah tanpa berlengah masa lagi cik ustazah nak berkongsi tentang hari jumaat . 

Nabi Muhammad s.w.t bernikah pada hari jumaat ( excited sebab hal nikah ) 

 seperti yang kita tahu pada hari jumaat Hari nabi Adam a.s diciptakan..Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya..dan Hari kiamat.

Diriwayatkan daripada Muslin Bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "baginda Rasul S.A.W ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".

Sahabat bertanya: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu Ya Rasulullah?".

Jawab Nabi: "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu".

Sebahagian ulamak berkata: "Ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat iaitu:

1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa atas keduanya selawat dan salam
2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro" atas keduanya salam.
4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam
5. Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a


Oleh itu, sesiapa yang merancang untuk mendirikan rumahtangga digalakkan kahwin pada hari Jumaat semoga mendapat berkat dari Allah S.W.T .

Impianafida~




10 comments:

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)