nuffnang

23 June 2014

Hati-Hati Memilih produk / Suplement Kecantikan


Jangan mengambil supplement kecantikan yang sembarangan , ingat , JANGAN ! Tersangat bahaya untuk kesihatan kita..kadang-kadang melalui botol packaging pun kita dah tahu sebab Allah bagi kita deria rasa yang keenam .Kalau sesuatu produk pernah kesihatan / pemakanan / suplement yang baik , biasanya ia tidak mengelirukan pengguna seperti 'pil kurus bahaya dirampas' . Tak kurang juga 'produk kosmetik dikesan mempunyai bahan kimia beracun dirampas' . Jangan ambil mudah sayang , walau aku bukanlah seorang doktor atau pegawai pemakanan , aku cukup peka dengan isu kesihatan . Nak cantik nak putih ambil suplement..boleh..tapi pastikan ia adalah berkualiti dan baik . Aku sebagai pengguna , aku suka membeli produk di farmasi/guardian seperti "TOTAL IMAGE' . Pada aku tak perlu sangat nak taksub , takkan makan sehari dua dah nak ada kesan ? Mana akal sihat kita ? 

Berhati-hati jika membeli produk ubat-ubatan atau makanan kesihatan melalui internet. Semak dan periksa status penjual dan produk yang dijualnya sebelum membuat apa-apa pembelian. Pastikan produk ubat-ubatan yang dijual telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai tuntutan perubatan seolah-olah ianya ubat. Produk yang tidak dapat disahkan statusnya adalah diragui dari segi mutu, keselamatan dan keberkesanannya.

Pembelian ubat-ubatan melalui Internet secara sewenang-wenangnya boleh membahayakan kesihatan diri dan keluarga anda.

Produk yang bahaya akan menjejaskan ginjal kita .

Jangan juga terpedaya kerana artis menjadi duta : keratan akhbar : KLIK

Bukan nak boikot usahawan melayu tapi kalau nak berniaga produk melayu yang kebiasaan selalu keluar di media mengenai masalah ini . Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang : KLIK

Sejak zaman sekolah aku guna produk kesihatan Gamat Emas dan juga Cosway atau berasaskan tumbuhan seperti produk Millelia . Produk lain aku tolak tepi . Jadi distributor bukan sebab nak raih keuntungan semata-mata tapi hanya untuk diri sendiri dan masa depan sendiri , orang nak beli dengan kita itu kira rezeki berniaga . Ingat semuanya kerana Allah swt .

Wsalam .







No comments:

Post a Comment

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.